
Lama sungguh rasanya kita tak jumpe, bergurau macam dulu, main game feberet kite, bola tepuk. adik ingat lagi, ko mesti nak menang jugak even dah terang2 ko memang kalah. Siap main tipu lagi. Kononnya ko abang ko la hero, ko la hebat. Dan akhirnya kite mesti gaduh. Abah pun ape lagi, ambik rotan, dan aku yang tak berapa kuat larinya ni mesti jadi mangsa. Ko cepat betui hilang mcam pelesit. Huh..!! kalau lah dapat aku ulang time tu.
Abang, adik rindu sangat Ramadan itu Adik ingat lagi bila waktu mak mengejut kau bangun untuk bersahur ko mesti ngigau. Tak tahu la ape yang ko mimpikan. Sunyi waktu sahur itu akan terpecah dek gelak ketawa kami kerana melihat telatah ko.
Abang, bila kau mendapat tawaran untuk masuk ke asrama tiada siapa lagi yang nak teman adik main. Bermain permainan kegemaran kita..bola tepuk. Ko dah besor panjang pun sekarang. Sedangkan adik masih kebudak-budakan. Ko selalu suruh mak nasihatkan adik jaga diri leklok. "ko tu anak dara, perangai molek sikit.."
Abang, ko semakin serius setiap tutur kata ko ada je maksud yang mendalam. Jarang dapat adik dengar gelak tawa ko yang selalu membuat kami bahagia. Jarang juga dapat adik lihat ko menyakat adik macam yang selalu ko buat dulu.
Abang, adik gak makin dewasa ade pemikiran seperti ko. Jurang itu semakin jauh bila sekarang ko melangkah ke alam pekerjaan. Kini ko makin "busy" dengan kerjaya ko. Adik pula sibuk berjuang di medan ilmu yg selalu ko impikan dulu.
Abang, adik selalu doa, satu hari nanti kita akan berkumpul satu keluarga bersama-sama bergelak ketawa kerana sesungguhnya baru adik sedar
Adik merinduimu
Dan adik amat berharap
JURANG itu akan semakin hampir
Kerana sesungguhnya kami menyayangi mu…..
No comments:
Post a Comment