Tuesday, August 16, 2011

keabadian kasih

Tika dan saat ini setitis demi setitis air mata Aina Amanda menitis di atas sejadah pemberian ayahandanya. Masih terngiang-ngiang azimat terakhir dari mulut ayahandanya tatkala helaan nafas ayahandanya makin perlahan.

“Aina, peliharalah solat mu,nak. Jangan pernah kau tinggal walaupun sekali. Bela nasib ibu mu dan adik-adikmu. Pastikan adik-adikmu berjaya. Ayah sudah tidak mampu untuk melakukan semua itu,” tutur ayah dalam kesakitan.

“InsyaAllah,ayah. Selagi tulang 4 kerat ini mampu bergerak, selagi itu Aina akan sentiasa tunaikan seluruh amanah ayah.”

Nafas ayah makin sesak. Ibu semakin resah dan gelisah.

“ Bawa mengucap, bang. Mah sentiasa ada dengan abang.” Mak Mah menangis dalam dakapan suaminya. Hampir 27 tahun mereka berkongsi hidup, mana mungkin Mak Mah kuat untuk menerima perpisahan ini. Tangisan Aina Amani semakin kuat.

“Aina, Angah mana?” soal ayah.

“Ayah, Angah belum balik lagi. Ayah jangan terlalu berfikir ye? Tenangkan fikiran ayah..”

Nafas ayah tersekat-sekat. Akhirnya ayah mengucap kalimat syahadah dan berlalu pergi meninggalkan jasadnya yang kaku. Kami meraung meratapi pemergian ayah.

Kini hampir 5 tahun ayah meninggalkan ibu, aku, Aina Amani dan Iqbal Zikri.

“ Aina, hari ni u kena attend satu meeting la kat Damansara. Pemaju tu suruh kita edit back proposal last day.”

“ I je ke yang pergi? Ok. No problem. Tapi kete i kat workshop lagi. U tolong contact driver erk? ”

“okay. See you soon but Pak Mail takde petang ni tau. U balik by your own la ye,” balas Airis.

“ okay. I’ll take a taxi.”

Hujan turun lebat hari tu. Hari semakin lewat. Aina perlu pulang segera untuk berbincang perihal projek usahasama itu dengan bosnya.

“ Alamak, lebatnya hujan. Macam mana nak balik ofis ni?” sungut Aina seorang diri.

“ Assalamualaikum. Aii..merungut nampak. Saya keje kat McD ni. Dari tadi saya tengok awak merungut sorang-sorang. Takde payung ye? Ambik ni. Kebetulan saya ada 2 payung. Satu lagi dalam kete saya.”

“ waalaikumsalam. Terima kasih encik….”

“ Azfar Hadi.” Pemuda itu berlalu pergi meninggalkan Aina dan meneruskan kerjanya.

Keesokan harinya, Aina terus menemui Azfar Hadi dan mengembalikan payung yang dipinjamnya kelmarin. Sempat juga mereka mengenali di antara satu sama lain. Azfar merupakan penuntut tahun akhir dalam jurusan pengajian islam di Universiti Malaya. Aina tidak menyangka seorang mahasiswa yang masih muda dan hidup mewah masih mahu bekerja.

“ kalau saya jadi awak, mungkin saya duduk rumah sambil goyang kaki,” gurau Aina sambil tersenyum manis di hadapan Azfar.

“ saya bukan apa Aina, sekadar nak mengutip pengalaman. Merasai kehidupan mahasiswa- mahasiswa yang kurang kemampuan. Nah bila time cuti sem macam ni diorang mesti sibuk mencari rezeki. Awak study mana dulu?”

“ saya study di UiTM dulu. Tapi sampai diploma je sebab belum ada peluang nak sambung belajar. Tapi Alhamdulillah saya dapat keje di KL ni.”

Sudah hampir 9 bulan Aina berkenalan dengan Azfar. Mereka semakin rapat. Namun masing-masing belum mahu menyentuh soal hati dan perasaan. Mungkin kerana takut persahabatan yang terjalin tercalar dek kerana percintaan.

“ esok Aina free tak? Saya nak ajak teman belikan hadiah besday umi saya la.”

“ops.. esok saya balik kampong. Ada hal sikit. Maaf ye,”beritahu Aina sambil mengerling kea rah Azfar.

“ saya nak ikut boleh?” soal Azfar sambil tersenyum mesra.

“Erm..betul ni. Boleh je. Tapi rumah saya takdela seselesa banglo awak..”

“Aina. Please, janganlah cakap macam tu, segan saya.”

Akhirnya Azfar dan Aina tiba di Kampung Aina.

“Ibu, kenalkan Azfar Hadi. Kawan Aina dari KL. Azfar, ni Ibu, dan yang kiut miut ni adik saya, Aina Amani.”

“Apa kabar, makcik,dik?”tegur Azfar sambil tersenyum melihat Mak Mah dan Aina Amani.

“ Angah mana ibu? Tak nampak dari tadi,”soal Aina sambil matanya melilau mencari susuk tubuh Iqbal Zikri.

“Entahlah, Aina. Dari semalam dia tak balik-balik,”sungut Mak Mah.

Setelah 2 hari berada di kampong Aina, Azfar begitu selesa dengan layanan keluarga Aina.

“ Azfar, kalau awak nak balik KL, balik lah dulu. Saya ada banyak perkara yang nak di settle kan kat sini.”

“erm.. baiklah Aina. Nanti dah sampai KL beritahu saya ye ada sesuatu saya nak beritahu.” Terasa berat untuk Azfar meninggalkan Aina dan keluarganya di kampong.

“Pukul berapa Azfar bertolak ke KL?”soal Mak Mah ingin tahu.

“Lepas Asar. insyaAllah, makcik,”jawab Azfar ringkas.

Malang memang sungguh tidak berbau. Aina mengalami kecelekaan ketika dalam perjalanan menaiki bas ke KL. Akibat kemalangan tersebut doktor mengesahkan Aina lumpuh separuh badan. Dia tidak mampu berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Tekanan Aina makin bertambah bila mana Iqbal semakin liar. Iqbal telah keluar dari rumah Mak Mah. Mereka tidak tahu di mana Iqbal. Sedangkan Azfar semakin tidak keruan mencari Aina. Puas Azfar menghubungi Aina, tapi gagal. Akhirnya dia nekad untuk menemui Mak Mah di kampong.

“ Amani, boleh kan bagitahu abang Kak Aina kat mana sekarang?” rayu Azfar.

“Amani tak tahu bang sebab Amani kat asrama. Yang Amani tahu kak Aina dah pindah ke Sabah lepas kejadian tu dan…….” Kata-kata Amani terhenti.

“ Dan apa, Amani? Jangan buat abang risau,dik.”

“ Dan Aina lumpuh, Azfar. Makcik harap lepas ni jangan lah Azfar cari dia lagi. Ini semua permintaan Aina sendiri,”pintas Mak Mah.

Azfar nekad mencari Aina di Sabah. Dia perlu meluahkan segala-galanya pada Aina. Akhirnya…….

“Kenapa awak tinggalkan saya Aina. Puas saya mencari awak.”

Aina hanya membisu dan tidak menghiraukan Azfar. Dia terus meninggalkan Azfar.

“Aina,tunggu! Aina saya cuma nak bagitahu yang saya…saya..saya sayangkan awak. Saya dah bagi tahu umi tentang hal ni. Bila saya dah tamat belajar saya nak meminang awak,”beritahu Azfar sambil menundukkan wajahnya.

“ Dah takde gunanya, Azfar. Awak nampak kan keadaan saya dan kat mana saya sekarang. Saya kat rumah warga istimewa. Saya cacat, Azfar. Cacat!”jerit Aina sambil meraung.

“ Awak masih boleh berjalan Aina. Abi saya doktor. Dia boleh kenalkan awak dengan sahabat dia yang boleh pulihkan lumpuh awak. Percaya pada Allah, Aina. Kita doa sama-sama ye?” pujuk Azfar.

Adakah Aina akan bersetuju dengan Azfar..tunggu sambungan Keabadian Kasih nanti.

FINAL YEAR


Lama rasanya aq x coretkan ape2 kat blog ni. Bukan disebabkan sibuk tapi tiada apa yg nak aq ceritakan. Dh abis praktikal, aq br trsedar dunia keje x sama macam dunia belajar. Mcm2 aq blaja dr situ..2 bln aq dpt rasakan terlalu cepat berlalu dan singkat buat aq belajar selok belok dunie kerja. Ape yg pentiiiing..aq dh pndai skit2 berkomunikasi dengan semua lapisan masyarakat. Alhamdulillah, even mcm2 yg aq harungi sepanjang tempoh 2 bln tu, tp aq ttp bersyukur coz sumanya berjalan dgn baik..thanx Allah untuk rahmatMu yg x prnah jemu melimpah pada kehidupan hambaMu ini.

Aq mmg nk lupakan sekejap psl study. Bkn dh jemu nk belaja tp bile ade mase terlapang aq lebih suka luangkan dgn family. Maklumlah ble makin beso kte sbnrnya makin jauh dari family. Begitulah lumrah kehidupan, pe-pe pun aq kna survive so u must start from now!!

Bile buka je u nanti, maksudnya aq secara automatic and manual dah jd final year student. Tapi ape yg aq rse skrg ni macam banyak lagi bende aq x tau. Bile bercakap pasal final year dalam aq ialah FINaL YeaR ProJecT. Camne lah nanti..aq dh gelabah ni..hopefully everything will be fine. Ingat!! ALLAH SWT sentiasa bersama aq.

Dulu time borak2 ngn roommate ngn jiran2 aq kat u, tbe2 terkuar isu MENCARI JODOH TIME FINAL YEAR. yang membuatkan aq gelak sangat2 ble seorang member aq bagitahu yg dia memang akan cari jodoh time final year nanti. Sbb dia rsau kalau2 dia x kn jumpe org yg betul2 jd Mr. perfect dia kt u ni. Tapi bagi aq sbnr-bnarnya dlu aq lebih suka mak atau abah aq jodohkan. Yupp..memang aq kecewa dgn setiap pilihan aq. Sejujurnya aq takut pd benda yg terjadi dulu..

Namun Alhamdulillah tibe2 tanpa aq sedar, aq jumpe dgn seseorg yg dah meruntuhkan prinsip aq tu.. tapi kali ni mmg aq btol2 menjaga hubungan ni..

Awok smbung cter mggu depan la,ate lenguh tgn menaip..hehehe J

Pada yob dan yong kat luor sane awok nk ngucapkan selamat berpose..pose lah anda sblom tekak dah x leh menerima ape2 nanti..

kasih sayang si upin dan ipin


Lama sungguh rasanya kita tak jumpe, bergurau macam dulu, main game feberet kite, bola tepuk. adik ingat lagi, ko mesti nak menang jugak even dah terang2 ko memang kalah. Siap main tipu lagi. Kononnya ko abang ko la hero, ko la hebat. Dan akhirnya kite mesti gaduh. Abah pun ape lagi, ambik rotan, dan aku yang tak berapa kuat larinya ni mesti jadi mangsa. Ko cepat betui hilang mcam pelesit. Huh..!! kalau lah dapat aku ulang time tu.
Abang,hari itu ko pulang lewat dari sekolah. Ko kena marah dengan abah. Ko dilibas teruk dengan tali pinggang. Adik nampak luka-luka di lengan ko tapi tak lah siyes sangat. Perlahan-lahan adik menggapai minyak gamat dan menyapukannya di lengan ko. Adik kena buat cepat2 kalau tak nanti ko tersedar dari tidur. time itu air mata adik mengalir. Kenapa abah buat ko macam itu? Besar sangat kah kesalahan yang kau lakukan? Dan akhirnya adik tersedar, ini lah ‘hadiah’ abah buat ko sehingga ko berjaya sekarang

Abang, adik rindu sangat Ramadan itu Adik ingat lagi bila waktu mak mengejut kau bangun untuk bersahur ko mesti ngigau. Tak tahu la ape yang ko mimpikan. Sunyi waktu sahur itu akan terpecah dek gelak ketawa kami kerana melihat telatah ko.

Abang, bila kau mendapat tawaran untuk masuk ke asrama tiada siapa lagi yang nak teman adik main. Bermain permainan kegemaran kita..bola tepuk. Ko dah besor panjang pun sekarang. Sedangkan adik masih kebudak-budakan. Ko selalu suruh mak nasihatkan adik jaga diri leklok. "ko tu anak dara, perangai molek sikit.."

Abang, ko semakin serius setiap tutur kata ko ada je maksud yang mendalam. Jarang dapat adik dengar gelak tawa ko yang selalu membuat kami bahagia. Jarang juga dapat adik lihat ko menyakat adik macam yang selalu ko buat dulu.

Abang, adik gak makin dewasa ade pemikiran seperti ko. Jurang itu semakin jauh bila sekarang ko melangkah ke alam pekerjaan. Kini ko makin "busy" dengan kerjaya ko. Adik pula sibuk berjuang di medan ilmu yg selalu ko impikan dulu.

Abang, adik selalu doa, satu hari nanti kita akan berkumpul satu keluarga bersama-sama bergelak ketawa kerana sesungguhnya baru adik sedar

Adik merinduimu

Dan adik amat berharap

JURANG itu akan semakin hampir

Kerana sesungguhnya kami menyayangi mu…..

Monday, November 23, 2009

beda antara cinta dan suka


Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...
Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Thursday, November 12, 2009

semuanya hadir keranaMu..


Bila kau memandang segala-gala dari Tuhanmu
yang Maha mencipta,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya,
untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan,

kerana Dia tahu hati yang sebeginilah,
selalunya lebih lunak dan mudah,
untuk akrab dan dekat denganNya...