Tuesday, August 16, 2011

keabadian kasih

Tika dan saat ini setitis demi setitis air mata Aina Amanda menitis di atas sejadah pemberian ayahandanya. Masih terngiang-ngiang azimat terakhir dari mulut ayahandanya tatkala helaan nafas ayahandanya makin perlahan.

“Aina, peliharalah solat mu,nak. Jangan pernah kau tinggal walaupun sekali. Bela nasib ibu mu dan adik-adikmu. Pastikan adik-adikmu berjaya. Ayah sudah tidak mampu untuk melakukan semua itu,” tutur ayah dalam kesakitan.

“InsyaAllah,ayah. Selagi tulang 4 kerat ini mampu bergerak, selagi itu Aina akan sentiasa tunaikan seluruh amanah ayah.”

Nafas ayah makin sesak. Ibu semakin resah dan gelisah.

“ Bawa mengucap, bang. Mah sentiasa ada dengan abang.” Mak Mah menangis dalam dakapan suaminya. Hampir 27 tahun mereka berkongsi hidup, mana mungkin Mak Mah kuat untuk menerima perpisahan ini. Tangisan Aina Amani semakin kuat.

“Aina, Angah mana?” soal ayah.

“Ayah, Angah belum balik lagi. Ayah jangan terlalu berfikir ye? Tenangkan fikiran ayah..”

Nafas ayah tersekat-sekat. Akhirnya ayah mengucap kalimat syahadah dan berlalu pergi meninggalkan jasadnya yang kaku. Kami meraung meratapi pemergian ayah.

Kini hampir 5 tahun ayah meninggalkan ibu, aku, Aina Amani dan Iqbal Zikri.

“ Aina, hari ni u kena attend satu meeting la kat Damansara. Pemaju tu suruh kita edit back proposal last day.”

“ I je ke yang pergi? Ok. No problem. Tapi kete i kat workshop lagi. U tolong contact driver erk? ”

“okay. See you soon but Pak Mail takde petang ni tau. U balik by your own la ye,” balas Airis.

“ okay. I’ll take a taxi.”

Hujan turun lebat hari tu. Hari semakin lewat. Aina perlu pulang segera untuk berbincang perihal projek usahasama itu dengan bosnya.

“ Alamak, lebatnya hujan. Macam mana nak balik ofis ni?” sungut Aina seorang diri.

“ Assalamualaikum. Aii..merungut nampak. Saya keje kat McD ni. Dari tadi saya tengok awak merungut sorang-sorang. Takde payung ye? Ambik ni. Kebetulan saya ada 2 payung. Satu lagi dalam kete saya.”

“ waalaikumsalam. Terima kasih encik….”

“ Azfar Hadi.” Pemuda itu berlalu pergi meninggalkan Aina dan meneruskan kerjanya.

Keesokan harinya, Aina terus menemui Azfar Hadi dan mengembalikan payung yang dipinjamnya kelmarin. Sempat juga mereka mengenali di antara satu sama lain. Azfar merupakan penuntut tahun akhir dalam jurusan pengajian islam di Universiti Malaya. Aina tidak menyangka seorang mahasiswa yang masih muda dan hidup mewah masih mahu bekerja.

“ kalau saya jadi awak, mungkin saya duduk rumah sambil goyang kaki,” gurau Aina sambil tersenyum manis di hadapan Azfar.

“ saya bukan apa Aina, sekadar nak mengutip pengalaman. Merasai kehidupan mahasiswa- mahasiswa yang kurang kemampuan. Nah bila time cuti sem macam ni diorang mesti sibuk mencari rezeki. Awak study mana dulu?”

“ saya study di UiTM dulu. Tapi sampai diploma je sebab belum ada peluang nak sambung belajar. Tapi Alhamdulillah saya dapat keje di KL ni.”

Sudah hampir 9 bulan Aina berkenalan dengan Azfar. Mereka semakin rapat. Namun masing-masing belum mahu menyentuh soal hati dan perasaan. Mungkin kerana takut persahabatan yang terjalin tercalar dek kerana percintaan.

“ esok Aina free tak? Saya nak ajak teman belikan hadiah besday umi saya la.”

“ops.. esok saya balik kampong. Ada hal sikit. Maaf ye,”beritahu Aina sambil mengerling kea rah Azfar.

“ saya nak ikut boleh?” soal Azfar sambil tersenyum mesra.

“Erm..betul ni. Boleh je. Tapi rumah saya takdela seselesa banglo awak..”

“Aina. Please, janganlah cakap macam tu, segan saya.”

Akhirnya Azfar dan Aina tiba di Kampung Aina.

“Ibu, kenalkan Azfar Hadi. Kawan Aina dari KL. Azfar, ni Ibu, dan yang kiut miut ni adik saya, Aina Amani.”

“Apa kabar, makcik,dik?”tegur Azfar sambil tersenyum melihat Mak Mah dan Aina Amani.

“ Angah mana ibu? Tak nampak dari tadi,”soal Aina sambil matanya melilau mencari susuk tubuh Iqbal Zikri.

“Entahlah, Aina. Dari semalam dia tak balik-balik,”sungut Mak Mah.

Setelah 2 hari berada di kampong Aina, Azfar begitu selesa dengan layanan keluarga Aina.

“ Azfar, kalau awak nak balik KL, balik lah dulu. Saya ada banyak perkara yang nak di settle kan kat sini.”

“erm.. baiklah Aina. Nanti dah sampai KL beritahu saya ye ada sesuatu saya nak beritahu.” Terasa berat untuk Azfar meninggalkan Aina dan keluarganya di kampong.

“Pukul berapa Azfar bertolak ke KL?”soal Mak Mah ingin tahu.

“Lepas Asar. insyaAllah, makcik,”jawab Azfar ringkas.

Malang memang sungguh tidak berbau. Aina mengalami kecelekaan ketika dalam perjalanan menaiki bas ke KL. Akibat kemalangan tersebut doktor mengesahkan Aina lumpuh separuh badan. Dia tidak mampu berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Tekanan Aina makin bertambah bila mana Iqbal semakin liar. Iqbal telah keluar dari rumah Mak Mah. Mereka tidak tahu di mana Iqbal. Sedangkan Azfar semakin tidak keruan mencari Aina. Puas Azfar menghubungi Aina, tapi gagal. Akhirnya dia nekad untuk menemui Mak Mah di kampong.

“ Amani, boleh kan bagitahu abang Kak Aina kat mana sekarang?” rayu Azfar.

“Amani tak tahu bang sebab Amani kat asrama. Yang Amani tahu kak Aina dah pindah ke Sabah lepas kejadian tu dan…….” Kata-kata Amani terhenti.

“ Dan apa, Amani? Jangan buat abang risau,dik.”

“ Dan Aina lumpuh, Azfar. Makcik harap lepas ni jangan lah Azfar cari dia lagi. Ini semua permintaan Aina sendiri,”pintas Mak Mah.

Azfar nekad mencari Aina di Sabah. Dia perlu meluahkan segala-galanya pada Aina. Akhirnya…….

“Kenapa awak tinggalkan saya Aina. Puas saya mencari awak.”

Aina hanya membisu dan tidak menghiraukan Azfar. Dia terus meninggalkan Azfar.

“Aina,tunggu! Aina saya cuma nak bagitahu yang saya…saya..saya sayangkan awak. Saya dah bagi tahu umi tentang hal ni. Bila saya dah tamat belajar saya nak meminang awak,”beritahu Azfar sambil menundukkan wajahnya.

“ Dah takde gunanya, Azfar. Awak nampak kan keadaan saya dan kat mana saya sekarang. Saya kat rumah warga istimewa. Saya cacat, Azfar. Cacat!”jerit Aina sambil meraung.

“ Awak masih boleh berjalan Aina. Abi saya doktor. Dia boleh kenalkan awak dengan sahabat dia yang boleh pulihkan lumpuh awak. Percaya pada Allah, Aina. Kita doa sama-sama ye?” pujuk Azfar.

Adakah Aina akan bersetuju dengan Azfar..tunggu sambungan Keabadian Kasih nanti.

No comments:

Post a Comment